Thursday, 21 June 2012

SYA'ABAN 1433 HIJRIAH


Alhamdulillah..hari ini 21/6/2012 bersamaan 1 Syaaban di dalam kalendar Islam..banyak kelebihan atau fadhilat di dalam bulan Syaaban sebagai persiapan sebelum datangnya bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan.


Antara kelebihan bulan Sya'aban: 

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. 


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. 








Doa untuk Rejab, Syaaban & Ramadhan


INFO KESIHATAN


Ada satu artikel di dalam Majalah Rapi Januari yang buat saya tertarik iaitu dalam ruangan Tips Kecantikan berkenaan rawatan laser Lipolysis. Petikan dari artikel tersebut;


**"Rawatan Laser Lipolysis sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah lemak berlebihan serta bentuk badan yang kurang menarik. Proses rawatan ini menggunakan laser yang telah diuji keselamatannya pada kulit pengguna dan ianya hanya boleh dilakukan oleh doktor yang bertauliah sahaja"

                                                                                       
Bila baca artikel ni pastu tengok pulak gambar2 memang la cepat nampak kurus tapi takutnye la sampai nk kena bedah bagai.Ada lagi cara yang lagi bagus dan murah kalo nak kurangkan lemak berlebihan dan nak dapatkan bentuk badan yang cantik apalagi kalo bukan Premium Beautiful Corset. Cara ni lagi mudah, jimat dan tak perlu bedah..Just pakai selama minimum 8 jam sehari pastu minum air kosong yang banyak dah nampak hasilnya. Lemak pon hilang badan pon terbentuk dengan cantiknya.

Apa pon PB lagi bagus kot sebab kesihatan pon bertambah baik.Pengguna PB mesti dah tau dah kebaikan PB dari segi kesihatan.Kesimpulannya PB ni memang berbaloi-baloi tak rugi pon kalo beli..dah la ada lifetime warranty..rosak tak payah beli baru..hantar repair je..corset lain ado??


I LOVE PB!!!!

                                                                                     

CALL ME

SUHANA
0125808090

                                                                                        **Credit to Majalah Rapi edisi Januari 2012

WORDLESS WEDNESDAY









Wednesday, 23 May 2012

REJAB



Kelebihan Bulan Rejab

*

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. 

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)