Wednesday, 8 August 2012

GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA (GLAM)



It was just started with a DREAM. The DREAM Turned into REALITY!! Because WE MAKE IT HAPPEN! 


Alhamdullilah berkat usaha berterusan dan consistent tuntut ilmu daripada leaders hasilnya terciptalah GLG Team hari ini.


After 2 years Hanis berkecimpung dalam business Premium Beautiful, maka tertubuhlah Green Leaders Group, ketika itu pencapaian Green Leader Group pertama kali dalam sejarah bawa 2 bas ke Hong Kong pada June 2011.


Click this entry



Dalam banyak-banyak CDM di Malaysia, our team is the YOUNGEST TEAM but yet the FASTEST TEAM untuk bawa BUS melancong.


Tak cukup pencapaian itu, seterusnya semasa pergi ke Holland we are the ONLY team yang bawa BUS!! Congratzz to ALL Green Leaders Group to be apart of this success!!



Seterusnya pergi ke Vietnam hampir Satu Flight!! Lebih kurang 3 bus! Seronok tak terkata. Dan baru- baru ni balik dari Guangzhou, kami bawak lebih dari 1 flight. Dan total number of bus is 5!!




The bigger the BETTER!

2 flights!!!

Green Leaders Group lead by young generation, all ideas are fresh and unique! We like to step forward and move fast! 


We are the NO. 1 ONLINE PIONEER, coz back in 2009 masa tu Premium Beautiful tidak dikenali lagi. And starting from me, the founder of Premium Beautiful *Top Agent and Green Leaders Group maka terciptalah Revolusi Premium Beautiful Online! 


Dan yang dapat tempias ialah rakan-rakan kongsi!! :) To all my GLG Team we have special topic on social media marketing, how important internet in our life. Kalau kita tak step forward kita akan ketinggalan. And the best part, everybody the "workable method", including other group too! :)


The best part if you GOOGLE Premium Beautiful, boleh kata 98% adalah from Green Leaders Group!! 




Common keyword! My name also dah jadi Keyword for Premium Beautiful... kata legend kan? :P




Now Green Leaders has their own Academy, specially for team members, hands on training on Motivational talk, Technical part on Premium Beautiful corset, Setting Efficient, and Goal Setting.
And Social media marketing also part of the knowledge that we share. Especially on blogging and Facebook. Most of our team members banyak back ground IT, maka mereka juga contribute kepada semua ilmu-ilmu ini. 


masa ni buat POWER UP session

Gerak Gempur mengikut Zon jugak dilakukan untuk rakan-rakan kongsi yang luar dari KL untuk serap aura leader!  Thank you to all CDMs from GLG group yang sama-sama menjayakan program GLG Gerak Gempur Seminar!

Zon Selatan

Zon Pantai Timur

Be apart of our TEAM today!! 

Be in the Right Group! 

Choose GLAM!!

We will guide you to Succeed! 

0125808090

Friday, 27 July 2012

QUOTE



TAZKIRAH



Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:
"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".

sumber: Himpunan Tazkirah

Monday, 23 July 2012

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Saturday, 21 July 2012