Thursday 21 June 2012

SYA'ABAN 1433 HIJRIAH


Alhamdulillah..hari ini 21/6/2012 bersamaan 1 Syaaban di dalam kalendar Islam..banyak kelebihan atau fadhilat di dalam bulan Syaaban sebagai persiapan sebelum datangnya bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan.


Antara kelebihan bulan Sya'aban: 

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. 


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. 








Doa untuk Rejab, Syaaban & Ramadhan


No comments:

Post a Comment